Saturday, July 17, 2010

Hadith Hari Ini

Melakukan Kerja Yang Bermanfaat
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah  R.A., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud:
Daripada kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat kepadanya.”
                                                                                       (Riwayat At-Tirmizi)

Friday, July 16, 2010

Waktu Solat Daerah Klang

Islamic Finder

 




    

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
  Country:   

Hadith Hari Ini

Niat: Permulaan Segala Amalan

Erti Hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Abu Hafs Umar Bin Al-Khattab R.A, aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah & Rasul-Nya, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah & Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.”

(HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI & MUSLIM)

Harga yang perlu dibayar untuk barang keperluan pada hari ini.

Kerajaan kurang subsidi


KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengumumkan bahawa subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa hari ini.

Subsidi bagi RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Ini bermakna petrol RON 95 dijual pada RM1.85 seliter manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.

“RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

“Bagi gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram,” kata kenyataan itu.

Kenyataan sama menyebut, perubahan minimum itu akan membantu negara mencapai kedudukan tanggungjawab fiskal dan meletakkan kita pada kedudukan untuk mengurangkan defisit.

“Bagi memenuhi objektif ini, kerajaan membuat pelarasan terhadap subsidi.

Walaupun telah membuat perubahan ini, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010. Harga bahan api dan gula di Malaysia masih antara yang terendah di rantau ini,” kata kenyataan itu.

Berdasarkan anggaran, rasionalisasi subsidi ini membolehkan negara mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta pada 2010.

Keputusan mengurangkan subsidi bahan api dan gula adalah berasaskan pada hakikat bahawa pengurangan subsidi bahan api akan memberi impak terbesar ke atas perbelanjaan manakala pengurangan subsidi gula pula membolehkan kerajaan mempromosi gaya hidup sihat.

Di ALOR SETAR, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengurangan subsidi secara minimum itu tidak akan membebankan rakyat.

“Apabila kerajaan mengurangkan subsidi, kita akan gunakan peruntukan itu untuk membangunkan masyarakat di luar bandar. Contohnya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memerlukan RM18 bilion dalam masa dua tahun untuk mengisi agenda pembangunan luar bandar termasuk di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Berikutan itu, beliau meminta rakyat supaya memahami perubahan yang dibuat dalam aspek yang positif.

“Selain mengurangkan perbelanjaan, kita turut mencari peruntukan tambahan untuk bangunkan kawasan luar bandar. Minta rakyat faham kenapa perubahan ini dibuat kerana ada kebaikannya. Saya percaya jika dibuat secara bersungguh-sungguh, kita mampu tingkatkan keyakinan rakyat,” katanya.

Najib berkata, penjimatan perbelanjaan kelak akan memberi gambaran baik terhadap mengukuhkan kedudukan kewangan negara, selain dapat mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia bertambah yakin kepada kekuatan ekonomi negara,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7961464.asp

Tuesday, July 13, 2010




Posted by Picasa

Bersatulah wahai Umat Islam.


Assalamualaikum w.b.t,

Sekarang ni heboh dengan agenda perpaduan antara dua Parti Melayu Islam di Malaysia. Akhbar saban hari menceritakan pelbagai topik berkaitan perpaduan umat Islam yang bertunjangkan semangat 1 Akidah, bukan setakat 1 MALAYSIA ataupun semangat Assabiah Kepartian. Islam tidak mungkin akan tertegak selagi umat Islam tidak bersatu. Kita ambil contoh Hijrah Rasulullah S.A.W ke Yathrib (Madinah) 1431 tahun dahulu. Perkara pertama yang Rasulullah S.A.W ambil tatkala tiba di Yathrib adalah dengan menyatukan bangsa Aus & Khazraj menjadi Ansar. Manakala mereka yang berhijrah dari Mekah dinamakan sebagai Muhajirin. Selepas penyatuan antara Ansar & Muhajirin berjaya Rasulullah lakukan, barulah Rasulullah menggubal Piagam Madinah (Sohifatul Madinah).

Persoalannya, kenapa tidak Rasulullah menggubal dulu Piagam Madinah dan kemudian barulah menyatukan penduduk Yathrib? Ini kerana, Rasulullah tahu bahawasanya, di Yathrib bukan orang Islam sahaja yang mendiaminya, bahkan penganut Yahudi dan Nasrani turut sama mendiaminya. Oleh sebab itu, bagi menunjukkan kekuatan Umat Islam, Nabi telah mempersaudarakan setiap Muslim di Madinah. Lantas, Bumi Cinta terhasil dengan bertunjangkan Akidah yang sama & akhirnya diperelokkan dengan cinta yang terhasil dari perasaan Ukhwah yang telah Rasulullah tanamkan dalam hati penduduk Madinah.

Umat Islam di Malaysia amnya, haruslah menanamkan satu semangat mencintai saudara seagama agar perpaduan, persefahaman, kesepakatan & akhirnya keteguhan dan kekuatan dapat kita gembleng menjadi satu sumber yang akan menjadi manfaat kepada umat Islam keseluruhannya.

Jadi apa kaitannya dengan politik semasa Malaysia? Sebagaimana yang diketahui, di Malaysia ada dua Parti Majoriti Melayu iaitu PAS (ISLAM) & UMNO (SEKULAR). Pada saya, yang menjadi penyebab kepada perpecahan antara orang Islam di Malaysia adalah kerana terhadnya ruang muzakarah antara UMNO & PAS. Masing-masing mempunyai persepsi negatif antara satu-sama lain. Sepanjang 53 tahun merdeka, sudah berapa kalikah kedua-dua parti ini duduk semeja membincangkan satu-satu isu berkaitan kepentingan umat Islam di Malaysia secara konstruktif?

Ego antara kedua-dua parti yang saling merasakan mereka lebih Islamik haruslah dibuang jauh-jauh(Walaupun PAS lebih Islamik daripada UMNO). PAS haruslah memberi ruang dan peluang UMNO untuk mempelajari Islam kerana pada pandangan peribadi saya, UMNO telah tersesat jauh dari landasan Islam. Berikan peluang kepada kepimpinan mereka untuk merubah parti itu dari dalam. PAS yang lebih senior dalam bidang politik Islam haruslah bertindak seperti pendakwah yang Fatonah dalam berdakwah. UMNO walaupun berpangkat Abang mestilah menerima sepenuhnya dakwah Islamiyyah yang dibawa oleh PAS atau mana-mana Ulamak selagi mereka berpegang kepada yang hak dan menjauhi yang bathil.

Masih tidak terlambat bagi kedua-dua parti bersatu walaupun bukan atas semangat kepartian, tetapi sekurang-kurangnya atas dasar pegangan Akidah yang sama. Jangan dilupa, tidak pernah Allah turunkan Al-Quran kepada Rasulullah S.A.W hanya sebagai perhiasan, tetapi berhukumlah dengan-Nya disamping tidak meninggalkan Hadith. Saya optimis, bahawa Umat Melayu masih boleh bersatu atas dasar kepentingan agama biarpun bersengketa kerana perkara lain.

Sekian, wassalam.



Hadith Hari Ini

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur Hadith: Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).” - (Bukhari)